a
b
Masa yang di nantikan telah tiba untuk memulakan perjalanan baru. Setiap kali tibanya saat ini, timbul pelbagai perasaan di hati kerana sekali lagi terpaksa berpisah dengan orang-orang yang tersayang..... Kadang kala rasa nak aje peluk erat-erat insan-insan tersayang dan hendaknya aje rasanya mengekalkan kegirangan semasa berada di samping mereka. Tapi inilah hakikatnya suatu pengorbanan seorang suami dan bapa untuk anak-anaknya yang terpaksa merantau jauh untuk menampung hidup keluarga...
Beberapa hari sebelum berangkat, saya di hinggapi demam yang teramat panas sampai 40 darjah!, tapi memandangkan banyak lagi urusan yang belum lagi selesai terpaksa ku gagahi juga diriku ini mengelesaikan seberapa yang boleh segala urusan sebelum berangkat ke tempat baru. Kadang-kadang hendak rasanya minta tangguh lagi seminggu tapi dek kerana malu kerana sebelum ni dah minta tangguh 2 minggu dan sekarang ni tangguh lagi 1 minggu. Takut nanti majikan baru mula mempersoalkan integriti kita pula... Masa pergi ke klinik Dr terus bagi jap untuk meredakan demam... alhamdulillah selepas 2 hari dah beransur pulih dan terus pergi ke KL untuk nak ambil visa sampai tak sempat nak jenggah mak nak beritau nak pergi cuma sempat memberi ucapan serta pohon restu melalui talipon saja.
Masa di KL sempat jumpa jumpa kekawan dan saudara mara serta ruangkan masa bersama keluarga. Maaflah kalau ada kekawan yang tak sempat saya talipon dan tak sempat saya jumpa.
Malam sebelum berlepas tidur pukul 2 pagi fasal masih ada lah benda-benda nak kemas dan surat-surat yg di perlukan last minit dari majikan baru.
Keesokkan paginya jam 6 pagi semua dah bangun dan siap dan jam 6.30 terus gerak ke KLIA. Sempat juga pergi makan di Mc Donald KLIA. Thank you Z kerana dapat menghantar I di airport.
Kami sempat mengambil gambar keluarga dan seperti biasa, perasaan yang sama masih terasa bila mendengar anak-anak mengucapkan " Bye-bye Daddy..." Entahlah tuhan aja tau perasaan hati ini... definitely No cerita hidustan pergi balik peluk cium mereka puas2 lagi .... Well that is life. Hanya mereka yang melaluinya tau akan perasaan itu.
Saya terus menuju ke pintu C3 menanti saat berangkat dan di situ sempat la call adik-adik beradik dan kawan2 mohon doa dan pohon restu dari mereka. Dengan harapan iringan doa-doa mereka hidup saya di tempat baru Allah permudahkan... Amin.
Masa dalam Flight terasa lama pula nak sampai ke destinasi dan fikiran masih penuh dengan tanah air... Sesampai di Doha jam 12:20 pagi, lepas ambil bag saya terus sewa kereta... Terasalah pulak nak bawa Camry, lagi pun besar dan senang nak bawa barang2 yang masih tinggal di Doha.
Entah.. kali ni bila memandu terasa lain sangat. Rasa macam sepi dan suram Doha tanpa saya. Saya terus pergi check in di Hotel Crystal Palace di Musheireb bedekatan dengan apartment saya dulu. Memangkan saya orang yang ke empat menginap di hotel itu selepas di buka, mereka masih kenal saya lagi. Lepas check in, saya pergi ke apartment lama ambil barang-barang simpanan saya. Suasana di apartment pun nampak suram je mungkin kerana ketiadaan saya... Menurut kata Godday, security guard di situ, dah tak ramai dah orang kat situ hanya tinggal dalam 15 unit aje yang di huni kerana kebanyakkan mereka pun telah berhenti kerja dan pulang ke kampung halaman masing2.
Selepas mengemas kotak-kotak yang ada, saya pun menghantar buku-buku yang tinggal balik Malaysia melalui Cargo. Saya sempat singgah ke Sri Kebaya bertanyakan perkembangan Restaurant tersebut. Sempat jumpa Helmi warga Malaysia yang telah kembali kerja di situ setelah contract beliau tammat beberapa bulan dulu.
Sebelah malam pula saya berjumpa Dr Khadi dan Zamani dan kami makan malam di Restaurant Iran di Salwa Road berdekatan dengan Jarir bookstore. Banyak jugalah yang kami sembangkan tentang isu-isu semasa... dan kegusaran mereka kerana sehingga kini Majikan mereka masih belum ada projek baru.... Mungkin tindakan saya untuk berhenti dan berhijrah ke Jeddah suatu langkah bijak dan harapkan begitu la hendaknya....
Hari ini saya akan berangkat ke destinasi baru ... Jeddah...
Doakanlah agar Allah permudahkan segala urusan saya di tempat baru.. Amin.
Thank you to all yang tak putus-putus mendoakan saya terutama ibu tercinta....

No comments:
Post a Comment