Monday, May 31, 2010

Happy Crystal Anniversary 26th May 2010


b



Nota: Baju yang Along pakai memang banyak memori buat saya. Baju Laura Ashley yang saya beli di Connecticut, New Haven, USA. Masa tu baru beberapa bulan lepas kawin dan ada pulak meeting di Pejabat Cesar Pelli di USA. Berjam-jam dok belek baju tu dan dok bayangkan muat ke tak muat. Maklumla rasa tu la kali pertama saya nak beli baju untuk isteri. So saya pun beli la untuk isteri saya Gaun dengan perfume Laura Ashley berdekatan dengan Pejabat CPA. Saya memang suka tengok wanita yang pakai gaun Laura Ashley nampak very lady like teringatkan cerita Little House in the Praire masa saya kecil-kecil dulu. Gaun tu rasanya Zura sempat pakai sekali aje kerana selepas tu perut dah semakin membesar mengandungkan Along. Lepas tu mengadungkan angah pula dan lepas tu fitting terus lari. I bagi tau Zura, jangan bagi baju tu kat orang melainkan anak-anak. Dan masa Anniversary tu saya terharu melihat Along pakai baju yang saya beli 15 tahun lalu. So lady like so beautiful ... Gitu la Zura masa baru kawin... Cerita bab perfume pulak lagi best, perfume tu memang wangi tapi malangnya masa beli tak test, minyak wangi tak berapa nak keluar bila di tekan. Kalau keluar pun sikit-sikit. Mungkin tulah hikmah nya yang baru sekarang saya tau.... Kerana minyak wangi tu sampai sekarang masih ada lagi rasanya.. tak habis-habis dan 15 tahun... sebagai bukti agaknya....




Pada petang 25hb Mei lalu, sambil sembang-sembang dengan Along, saya bertanya Along apa kata kita pergi makan di luar malam ni. Along jawab, "Along orite je". Dalam fikiran ni, memang nak sambut Anniversary bersama keluarga. Bila semua dah pulang dari sekolah, saya pun cakap hai.. tak de sesiapa pun anak Daddy yang nak ucap Anniversay Daddy? Biasala kan saya kalau orang terlupa saya memang selalu ingatkan....

So bila saya kata kita nak gi makan kat luar semua excited, especially Wawa. A'an seperti biasa akan tanya nak pakai baju apa. Fasal dia amat perihatin fasal Fashion. Saya kata A'an pakailah baju macam nak pergi umah orang kawin.. Guan yang dia minat sangat tu. Saya pula apa lagi tak nak ketinggalan mengenakan baju bunga2 yang baru beli untuk melambangkan bunga2 Cinta la.

Malangnya anak angkat saya Nazmi tak dapat turut serta kerana ada tuition.

Malam tu memang hilang pantang semua sapu, mungkin fasal tu la keesokkan batuk dan terus demam...

I was lovely evening.. kadang-kadang terasa nak bersanding semula di majlis yang lebih sempura maklumlah masa kawin dulu serba kekurangkan...

Menyingkap kembali masa kawin 15 tahun lalu... Buat kad pun kad murah aje yang simple tak de la macam sekarang ni yang macam-macam colour dan bau. Upacara majlis pada mulanya fikir nak buat kat umah belah perempuan aje. Tapi masa tu fikir buat apa la bazir-bazir yang penting nikah. Lagi pun buat apa la buat majlis besar-besar dah lepas kawin nanti hutang keliling pinggang. Pada hal banyak lagi duit yang perlu untuk memulakan hidup baru. Tapi atas desakan keluarga yang teringinkan majlis di sebelah lelaki saya akur aje. Tapi buat secara kecil-kecil aje. Dalam dalam kecil-kecil tu meriah juga la majlis tu. Something that I still remember till this date.

Dan alhamdulillah lepas kawin, rezeki bertambah-tambah pulak. Betullah orang kata kalau nak tambah rezeki kawin....

Happy Anniversary Mummy and thank you for bearing with me for all these years...

1 comment:

Azimah said...

Hi! A.Mat..nnti klau bersanding semula jgn le lupa invite ye...
Teringin gak nk tgk selepas kali pertama dulu...he3!...
Ingat lg I attend wedding A.Mat ngan Lia n ex-staff PFAA~ Nuar n Kevin...
Anyway smoga berkekalan hingga ke akhir hayat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com