These are some of the memories I captured when I was back in Malaysia.
Maaf la bagi pengunjung www.mohamadj.com kalau blog ni dah lama senyap. Bak kata Masnoor dah bersawang kerana lama tak update. Nik kata kenapa lama tak update? Katanya lagi "walau pun I tak comment tapi I baca.." Kata Baharudin pulak "Kenapa tak update Blog Ji?"
Tak sangka ramai juga peminat ye... hehehe... "Maklum la lepas satu-satu nak buat. Dari resign nak selesai urusan pindah dan sekarang urusan dengan tempat kerja baru pula. Harapkan selepas ni Allah bagi kelapangan bagi saya memaparkan kisah-kisah hidup saya di Jeddah dan tanah suci Mekkah" Moga dengan cacatan saya nanti setiap insan yang mengunjungi Blog saya ni dapat juga menjejaki Tanah Suci Mekkah dan Madinah menunaikan ibadah haji dan umrah. Amin Insyallah.
I am not an artist but I wish I could be one and I envy looking at nice painting. So, my outing day with my family the day before I departed to Jeddah was supposed to have lunch with Ani @ Karyaneka. Unfortunately the canteen was closed...
To inspire my children to appreciate arts, I brought them to sell the art and crafts at the Wakaf. It is one of my dream to have a Wakaf and do the art and crafts I enjoyed. I spoke to one Artist who drew Naive painting and advised me to just draw and practise. Maybe this is going to be my hobby in my past time in Jeddah. We also saw some batik painting and A'an persuaded me to back to the Wakaf since she wanted to try. Started with her, Kak Uda, Wawa and myself we had our batik painting. It was intertesting, I drew heliconia and it was nice.
This is something I liked to do with my children more often hopefully...
Nota: Baju yang Along pakai memang banyak memori buat saya. Baju Laura Ashley yang saya beli di Connecticut, New Haven, USA. Masa tu baru beberapa bulan lepas kawin dan ada pulak meeting di Pejabat Cesar Pelli di USA. Berjam-jam dok belek baju tu dan dok bayangkan muat ke tak muat. Maklumla rasa tu la kali pertama saya nak beli baju untuk isteri. So saya pun beli la untuk isteri saya Gaun dengan perfume Laura Ashley berdekatan dengan Pejabat CPA. Saya memang suka tengok wanita yang pakai gaun Laura Ashley nampak very lady like teringatkan cerita Little House in the Praire masa saya kecil-kecil dulu. Gaun tu rasanya Zura sempat pakai sekali aje kerana selepas tu perut dah semakin membesar mengandungkan Along. Lepas tu mengadungkan angah pula dan lepas tu fitting terus lari. I bagi tau Zura, jangan bagi baju tu kat orang melainkan anak-anak. Dan masa Anniversary tu saya terharu melihat Along pakai baju yang saya beli 15 tahun lalu. So lady like so beautiful ... Gitu la Zura masa baru kawin... Cerita bab perfume pulak lagi best, perfume tu memang wangi tapi malangnya masa beli tak test, minyak wangi tak berapa nak keluar bila di tekan. Kalau keluar pun sikit-sikit. Mungkin tulah hikmah nya yang baru sekarang saya tau.... Kerana minyak wangi tu sampai sekarang masih ada lagi rasanya.. tak habis-habis dan 15 tahun... sebagai bukti agaknya....
Pada petang 25hb Mei lalu, sambil sembang-sembang dengan Along, saya bertanya Along apa kata kita pergi makan di luar malam ni. Along jawab, "Along orite je". Dalam fikiran ni, memang nak sambut Anniversary bersama keluarga. Bila semua dah pulang dari sekolah, saya pun cakap hai.. tak de sesiapa pun anak Daddy yang nak ucap Anniversay Daddy? Biasala kan saya kalau orang terlupa saya memang selalu ingatkan....
So bila saya kata kita nak gi makan kat luar semua excited, especially Wawa. A'an seperti biasa akan tanya nak pakai baju apa. Fasal dia amat perihatin fasal Fashion. Saya kata A'an pakailah baju macam nak pergi umah orang kawin.. Guan yang dia minat sangat tu. Saya pula apa lagi tak nak ketinggalan mengenakan baju bunga2 yang baru beli untuk melambangkan bunga2 Cinta la.
Malangnya anak angkat saya Nazmi tak dapat turut serta kerana ada tuition.
Malam tu memang hilang pantang semua sapu, mungkin fasal tu la keesokkan batuk dan terus demam...
I was lovely evening.. kadang-kadang terasa nak bersanding semula di majlis yang lebih sempura maklumlah masa kawin dulu serba kekurangkan...
Menyingkap kembali masa kawin 15 tahun lalu... Buat kad pun kad murah aje yang simple tak de la macam sekarang ni yang macam-macam colour dan bau. Upacara majlis pada mulanya fikir nak buat kat umah belah perempuan aje. Tapi masa tu fikir buat apa la bazir-bazir yang penting nikah. Lagi pun buat apa la buat majlis besar-besar dah lepas kawin nanti hutang keliling pinggang. Pada hal banyak lagi duit yang perlu untuk memulakan hidup baru. Tapi atas desakan keluarga yang teringinkan majlis di sebelah lelaki saya akur aje. Tapi buat secara kecil-kecil aje. Dalam dalam kecil-kecil tu meriah juga la majlis tu. Something that I still remember till this date.
Dan alhamdulillah lepas kawin, rezeki bertambah-tambah pulak. Betullah orang kata kalau nak tambah rezeki kawin....
Happy Anniversary Mummy and thank you for bearing with me for all these years...