Sunday, February 21, 2010

Pasar Malam 2 @ Embassy




i







Pada 19 Februari 2010, Malaysian Association of Qatar sekali lagi mengajurkan Pasar Malam di perkarangan Kedutaan Malaysia di Qatar. Sambutan begitu mengalakkan sehingga ada yang terpaksa beratur untuk mendapatkan juadah pilihan masing-masing.

Pelbagai jenis juadah dan masakan yang di jaja dari Laksam, Mee Kari, Kway Teow Goreng, Satay, Kek Lapis Sarawak dan macam-macam lagi. Terasa macam Bazar Ramadhan pula.

Alhamdulillah acara sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan rakyat Malaysia yang kini lebih kurang 2000 orang yang menetapkan di Qatar.

Yang Berbahagia Datin, Isteri Duta Besar Malaysia ke Qatar serta keluarga sempat meraikan majlis Pasar Malam tersebut sambil beramah mesra dengan setiap lapisan rakyat Malaysia di sini.

Friday, February 12, 2010

Happy Birthday Along



a

Dari Jauh Daddy ucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir moga di panjangkan umur, di murahkan rezeki, di berkati hidup, di tetapkan iman, di beri hidup yang sihat, tercapai segala cita-cita serta mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Setiap detik berganti tahun begitu jugalah usia kita, along kini telah meningkat remaja. Moga nilai murni budi bahasa sopan santun sebagai anak timur harus di kekalkan agar kita bukan saja berjaya di dunia maupun di akhirat. Sebagai yang sulung Along harus menjadi contoh yang baik pada adik2 yang perlukan bimbingan, kemesraan dan kasih sayang seorang kakak.

Perhatilah sekeliling kita kerana di situ banyak perkara yang boleh kita belajar tentang hidup. Rujuk la pada kami mummy dan juga daddy untuk menilai mana yang baik dan mana yang tidak baik.. Moga Along menjadi anak yang beriman dan beramal Solehah. Happy Birthday Along

Wednesday, February 10, 2010

Demilition of Rydges Hotel



This hotel was unoccupied about a year ago since I arrived and it was built to cater for the demand during the Asian Games. I was made to understand that the hotel was given a notice to shut down and to be demolished. It was last Thursday during the Dust Storm that I heard a loud noise, thought that it was a thunder but it sounded more like a bomb. True enough when I drove to work last Saturday passing by the hotel, my doubt was answered and the hotel is gone. the youtube shows how it was done.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com