Friday, May 6, 2011

Jabal Rahmah here I come






Sudah hampir setahun saya menjejakikan kaki ke tanah saudi arabia untuk mencari rezeki untuk menyara keluarga di kampung. Alhamdulillah walau telah beberapa kali mengujungi masjidil haram; kawasan2 bersejarah di sekitar kota Mekkah jarang saya lawati. Maklumlah berberjalan sendiri tak berapa tau. Setakat pergi balik Jeddah-Mekkah-Jeddah masih boleh di gagahi lagi. Kalau lebih tu minta maaf lah.

Sebelum ni dah 2 kali hasrat untuk mengunjungi Jabal Rahmah tergendala. Kali pertama di sebabkan oleh kereta yang saya pandui pecah tayarnya. Entah la mungkin ada yg saya fikirkan tetiba boleh pecah tayar. Masa tu di waktu malam tapi mujurlah masa tu kami convoy dengan beberapa lagi buah kereta kekawan yang lain. Merekalah yg tolong tukarkan tayar kereta sewa saya. Malang spare tyre pula la bocor. Hai cukup2 dugaannya. Kali kedua pula di sebabkan oleh salah faham. Ingat kan nak pergi dgn kekawan office rupanye mereka sangka saya pergi sendiri dan jumpa di Mekkah. Memandangkan mereka sudah terlanjur di Mekkah, biarkan la aje mereka dan saya terpaksalah membuat perancangan sendiri.

Pada hari Rabu yang lepas, seorang sahabat Uzbekistand berbangsa Afgan bernama Najib telah mempelawa untuk pergi ke Restaurant Asia, Restaurant ala Thai yang amat popular di Jeddah yang menjadi kunjungan para jemaah haji. Kata Najib dia dah lama tak makan Tom Yam. Tapi kami jarang ke sana kerana servis kadang2 lewat maklumlah tempat popular la katakan. Najib banyak membantu saya dan dia serba boleh, jadi tranlator, driver dan dia jugalah tolong cari kan rumah, cari kedai beli furniture, electrical appliances dll.

Kami bersembang dan dia bertanya "Where are you going tomorrow" Jawab saya " No where, just stay home" dan saya sambung lagi "Why, you want to go somewhere"Lantas saya pun katakan padanya "Let's go to Mekkah and than Jabal Rahmah .. Seperti biasa dia kata "No problem"

So seperti yang kami janjikan, kami pun bertolak ke Mekkah lebih kurang jam 2:30 petang. kami singgah sebuah mesjid bersebelah highway utk tunaikan solat asar dan kemudian terus ke Arafat.

Padang arafat dan Jabal Rahmah memang mebawa nostalgia untuk saya, ibu saya dan kakak saya semasa kami menunaikan umrah lebih kurang 10 tahun yg lalu. Ibu saya mengagahi diri utk berdoa di Puncak Jabal Rahmah.... saya sempat juga melihat ibu saya begitu asyik seperti kami menulis nama masing2 dia batu2 di Jabal Rahmah. Tetapi ada satu peristiwa yg mencuit hati yg saya teringat sampai sekarang ialah gelagat kak saya yg inginkan merasa menaiki Unta.

Dari puncak Jabal Rahmah lagi dia dah berpesan pada saya bila melihat Unta2 di bawah. Apa bila tiba masanya, kami pun naik la unta tersebut. Saya duduk di depan dan kakak saya menaiki di belakang. Belum sempat kami membetulak kedudukan kami. unta tersebut terus berdiri dan berlari. Apa la lagi kakak saya menjerit sekuat2 hati di Padang Arafat... Makkkkkkkkkkkkkk!. Memang tak boleh tahan nak tergelak... Dia yg tadi nya tak sabar nak naik kini tak sabar pula nak turun. hehehe.

Sesampai saja di Jabal Rahmah, suasana pun dah banyak berubah, dulu pasir kini dah ada block pavers, Bukan tu aje unta sekarang dah di hiasi dgn bunga2 dan tempat duduk yg proper...

Saya pun naik ke atas sambil skype dgn anak2 keadaan di Jabal Rahmah. Setelah berposing dan berdoa saya pun turun dan seperti biasa berposing pula dgn Unta. Dan saya tak lepaskan peluang untuk menaiki unta.. hehehe.. Orang kata jangan tak rasa camne naik unta kan...

Masa naik unta terfikir la juga bertapa kerumitan baginda rasulullah s.a.w. lalu semasa berhijrah dari Mekkah ke Madinah hanya dgn menaiki unta.

Selesai di Jabal Rahmah kami pergi ke Muzdaliffah dan Mina untuk melihat tempat melontar Jamrat. Setelah selesai kami pun tunai solat Magrib dan Isyak di Masjidil Haram alhamdulillah dan pulang ke Jeddah dalam keletihan..

2 comments:

takpercaya said...

tempat ni kaum perempuan boleh smbayang ke tak? satu hari nanti pasti akan ke sna.

Mohamad said...

tak perasan pula ada ke tidak org sembahyang tapi rata2 yg pergi situ semua berdoa kat situ....

Insyaallah saya berdoa agar allah mengundang anda ke sini secepat mungkin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com