Sunday, March 21, 2010

Kini Dalam Kenangan Nickie




Tanggal 19 March 2010, tanggal yang ku nantikan untuk pulang ke Malaysia bertemu keluarga adalah juga tanggal yang begitu tragis dengan insiden kehilangan Nickie. Aku masih ingat lagi semasa aku membeli Nickie di Souq Waqif pada pertengahan tahun lepas.. Pada ketika ikut musim panas sedang memuncak dan kelihatan peniaga binatang di Souq Wakif tidak kesah perihal binatang yang di kurung dalam sangkar ke hausan... Atas dasar belas dan kasihan la aku membeli Nickie, kuching jenis Shiraz, agar aku dapat megurangkan derita sekurang2nya se ekor kuching yang di jual di situ ikut kemampuan aku. Aku beli sangkar dan segala peralatannya.

Tapi kuching ni lain dari yang lain, tak dengar kata, berak dan kencing merata dan aku terpaksa train dia hingga beberapa bulan lamanya. Pernah kawan ku Masnor mengesyorkan agar aku menukar namanya ke Sadam sempena mengambil nama arab. Maklumlah kata orang tua-tua kalau nama tak serasi kenalah tukar kepada nama yang lebih serasi.. Anyway, banyak perangai dia yang berlainan dari kuching2 yang pernah aku bela.... especially dia suka makan apa yang aku makan... So setiap hari kalau lepas makan tu bagi la dia makan makanan saya juga, dari cereal hingga la ke tandoori chicken.

Tapi pada pagi itu saya keluar rumah pergi breakfast, dan Nickie, Rupen ( embantu rumah) tinggal kan di Balcony kerana ingin membersih rumah. Tapi bila pulang dari sarapan saya cari Nickie tiada dan akhirnya sesuatu yang paling tak di sangka berlaku.. saya lihat Nickie di balcony tingkat 1. Saya terus kebawah tapi malangnya penghuni di tingkat satu tu tak membenarkan saya masuk kerana katanya anak nya sedang tidur.... Hati tu keluh kesah kerana tak tau macamana keadaannya. Masa aku nak pergi sembahyang jumaat baru la dia benarkan aku masuk mengambil Nickie. Masa tu keadaan Nickie amat parah, mulutnya berdarah... Sebaik saja lepas Solat Jummaat aku bergegas ke klinik haiwan. Mujurlah Doktor arab ni timbang rasa dan berperi kemanusiaan. Walaupun bukan waktu klinik dia tetap datang merawat Nickie.

Masa tu Doktor tak memberi apa-apa harapan katanya "anything can happen and I will do my best" Aku sedih, helpless, guilty macam2 perasaan. Masa tu I told Nickie "Daddy is going back to Malaysia and told him to take care" Dalam nada sedih "Dia seolah-olah merestui pemergian aku walau berat.." Aku sempat meninggal nombor talipon Dwan rakan aku di Doha jika apa-apa terjadi pada Nickie.

Keesokkan hari nya setelah sampai di Malaysia aku menerima SMS dari Dwan "Nickie telah tiada dan Doktor telah pun mengkebumikan dia" Innalilla Hi wa innal illa hirojiun....


2 comments:

Zimah said...

Oo..tu kucing yg A.Mat marah2 n berak merata tu ke? Takpe la ajal dia dh sampai n Allah lbh menyayanginye..

nikman19 said...

your pet's name sounds familiar... oh no - was it my name?

please accept my condolences on the death of your lovely cat.

regards,
n i k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com