Sunday, February 13, 2011

Deanna's Birthday

13th February 1996* :
  • You were born on a Tuesday.
  • Your star sign is Aquarius.
  • Your birthstone is Amethyst.
  • The season was Winter.
  • You were born in the Chinese year of the Pig.
  • The US President was Bill Clinton (Democratic).
  • The UK Prime Minister was John Major (Conservative).

Saturday, February 12, 2011

NurDeanna Nama Di Beri - Happy Birthday










a












Sejak di zaman bujang lagi saya amat tertarik dengan nama Diana mungkin kerana keayuan Puteri Diana yang berjaya memikat hati Putera Charles pewaris tahta Britain. Memandangkan saya pernah belajar di UK dan mungkin dengan sebab itu la saya amat kagum dengan sistem beraja di sana. Tapi malang sepanjang saya belajar di sana tak pernah pun jumpa keluarga di raja secara in person melainkan hanya ternampak kereta beliau semasa kereta menonton teater berdekatan Chinatown di London.

Dari situ la saya berkata dalam hati kalau saya berkahwin dan dapat Anak Perempuan, saya akan namakan dia Diana dan kalau Anak Lelaki Danial. Saya pun tak tahu kenapa ianya mesti bermula dengan Nama D. Tapi setelah lahir.. Saya letakkan Nama Deanna iaitu "DEEN = Agama" dan "ANNA = Saya". Tapi isteri saya syurkan letak la NUR di depan tu.. so jadi la Nur Deanna = Cahaya Agama Saya..

Menyingkap kembali kisah silam ...Setelah saya berkahwin saya pun kisah samada dapat anak lelaki atau perempuan asal ianya cukup sifat dan jadi anak yg soleh/solehah kerana ianya adalah anugerah yang amat berharga dari Allah. Sepanjang sembilan bulan itu adalah penuh dengan debaran dan pengalaman...

Pada mulanya kami membuat pemeriksaan di klinik Keluarga di Greenwood berdekatan dengan rumah dan Doktor Noraini mengesahkan yang isteri saya mengandung.. alhamdulilllah. Memandangkan syarikat saya membiayai segala kos rawatan untuk isteri mengadung hingga anak ke 5; kami bertekad untuk mengunakan kemudahaan yang ada dan berhajat untuk ke klinik swasta. Maklum la di sana tentu ramai pakar2 yg lebih cekap. Saya pun pergi ka ke Pusrawi di Jalan Ipoh. Di Pusrawi, baru saya sedar rupanya Pusrawi ni macam Hospital Kerajaan yg di swastakan. Kena tunggu punyalah lama dan servis pun tak berapa memuaskan.

Apabila di panggil masuk, sebelum membuat apa2 pemeriksaan Doktor kata" memandangkan Encik ni lebih besar dari isteri Encik, kemungkinan besar bayi ini akan di operate bila hendak melahirkan.." dan kami di suruh pilih tarikh....

Saya terus terperanjat. Dalam hati memberontak... belum tiba masa dan belum usaha apa2 dah kata kena operate. Saya bab-bab operate ni memang fobia.... dan kami terus ingin mendapat second opinion.

so kami pun cubala pula membuat pemeriksaan di Ampang Puteri dengan Dr Jemilah atau sekarang di gelar Dato' Dr Jemilah Presiden MERCY. Dengan Dr Jemilah kami pun berceritakan apa yg berlaku. Dan kata Dr Jemilah lagi, biasanya kami akan cuba agar setiap orang dapat melahirkan secara normal dan hanya jika ianya tak berjaya barulah ianya terpaksa di bedah. Jawaban dr Jemilah sungguh melegakan...

Apa yang saya ingat semasa isteri saya mengandungkan Along, tekak dia jadi Western.. Asyik nak makan Pizza aje. Pizza yg di buat sendiri... boleh tahan jugak lah kalah Pizza Hut.. maklumlah chef lepasan UITM. Macam2 jenis dari Pizza kecil ke Pizza besar... sampai pinggang saya yang ramping masa tu pun naik lebar sampai kena pakai seluar saiz 38..... Oh tidakkkkkkkkkk.... Mujur saya cepat bertindak. Saya terus arahkan isteri saya supaya tidak masak macam2 utk menyelamatkan kerampingan pinggang saya masa tu...Alhamdulillah berkat ketekunan ianya turun ke saiz 34. Itu la satu pengalaman yg mengerikan. Agaknya kalau saya tidak bertindak pantas .. dah obess dah sekarang agaknya...hehhe Tapi bila di fikirkan sekarang mungkin juga la sebab itu Along minat sangat makan cheese dan pizza... dah Mummynya terikut pembawakann budak...

Sepanjang isteri saya mengandung di juga rajin membaca.... bukan la buku ilmiah camne pun... Majalah gila-gila jadi kegemerannya... fasal tu masa kat hospital, masa nak bersalin pun masih tersenyum baca gila-gila.... layankan aje la kan org dah sakit nak beranak kann... hehehe

Memandangkan ini pegalaman pertama kami, apabila water bag pecah aje, kami dah jadi panic dan terus talipon Dr. Masa tu bulan Ramadhan... Lepas buka puasa kami terus ke hospital. maklum la takut tak sempat. Sesampai di hospital; bila Dr check, dia kata ok insyallah, tapi kena tunggu la contractionnya lagi kuat.. akhirkan isteri saya selamat melahirkan keesokkan pagi nya. Memandangkan ter lalu excited saya terus IQamat pada telinga anak saya dan terus ambil air zam-zam dan kurma... di calit kan ke mulut anak saya yg comel tu dan selebihnya saya masukkan ke mulut saya....sambil di perhatikan oleh Dr Jemilah sambil tersenyum. Saya pun pelik kenapa.. selepas semuanya selesai saya pun menceritakan pada isteri saya.. kenapa Dr senyum tadi ye...baru la saya sedar yang saya tak seharusnya minum dan makan kerana bulan puasa ... oh tidak aku terlupa...

Semasa di hospital itu , pernah bayi saya tertukar dengan bayi org lain. Bila saya cakap saya nak minta bawa bayi saya ke bilik, saya dapati bayi itu bukan bayi saya... ianya telah tertukar! Setelah 10 minit baru la bayi saya di kembalikan ke bilik. Mungkin anda pelik, it was just fatherly instinct and I just know that the earlier baby nurse sent wasn't mine.

Saya pun selidik dan rupanya nurse salah masukkan cradle. Saya pun siasatlah macam mata-mata gelap dan bertemu dgn seorang wanita yg juga melahirkan pada hari yg sama.

Saya bertanya pada wanita tersebut "Ada tak anda menyusukan bayi yg di hantar semalam?" Dia berkata "saya cuba nak beri tapi dia tak mau" . I told her what had happended. Dia kata patut la semalam, nurse tergesa2 bawa bayi keluar...

Ye la kita ni takut kalau jadi adik beradik susuan kan... Yang saya ingat suami wanita itu ialah seorg Dr juga.... so Along kalau nak cari jodoh elakkan la kalau bapa dia Dr. kalau terpaksa kena check la kalau adik beradik dia tu ada yg lahir sama dgn tarikh lahir Along.... Takut la kawin adik beradik susuan kan. Tapi setelah Daddy kaji, isitilah adik beradik susuan ialah apa bila bayi tersebut menghisap susu selama 3 kali dengan kenyang... so in this case, hisap sekali dan tak kenyang.. so no issue la hendaknya kan..

Anyway along sedari kecill suka berjalan.... especially kalau naik kereta VW saya. Tapi yg peliknya kereta tu tak boleh nak stop even dekat traffic light. Kalau stop sure siren Along berbunyi...

Begitu la cerita 15 tahun yg lalu... masih segar di ingatan Daddy dan Juga mummy Along. Dari kecil you been so independent and responsible person. Pandai jaga adik2, dan can make your own decision umpamanya nak pergi sekolah at the age of 3 dan pemilihan sekolah tadika etc. I guess you will not regret the decision you had made so far.

Now that you have grown up, there are a lot more decision you have to make in life. Please refer to us. Our sincere advice is as long as you keep in line with sunnah and Al Quran, insyallah you will be in the right track.

Daddy ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari jadi.. moga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan, tercapai segala cita2 dan mendapat kejayaan cemerlang di ujian PMR tahun ni insyallah.. Amin.


We love you always Girl...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
free counters

World Time


All right reserved © 2007. All materials presented belong to Mohamadj at www.mohamadj.com. Any materials can be reproduced with permission without changing the original content and has to be credited. Other material not stated belong to Mohamadj belongs to its owner.

Copyright © 2009 www.mohamadj.com